Saturday, 24 November 2012

Result UPSR dan surat tawaran !

Assalamualaikum w.b.t.
Haaa, nampak tak blog kawe ni dah berwajah baru? All thanks to Fatimah merangkap kawan kawe kerana dah menghias blog kawe ni lawa2 ..... Jasamu dikenang ...

Hahaha, sorry dah lama tak post. Terlalu asyik-masyuk posting kat page and tengok anime ^^ almaklumlah, nak tebus balik sebab masa struggle dulu2 sebelum UPSR ... Hehehe.

Aku tahu cerita ni dah lapuk, tapi tetap nak share jugak.

Pada 19 November, Isnin- Saya datang sekolah dengan hati berdebar-debar. Maklumlah, tarikh keluar result. Sama dengan apa yang aku rasa masa nak dapat keputusan UPKK last year. Sampai rasa nak terkencing masa guru besar sebut satu-persatu bebudak yang dapat 5A. Alhamdulillah, tahun ni sekolah saya dapat 21 orang yang dapat 5A. Naik sikit dari last year.

Pada 23 November, Khamis- Sekali lagi terima debaran yang sama. Masa tu, mama tengah check mailbox sebelum kitorang pergi jogging. Terkejut bila dapat tahu terselit satu surat untuk saya dari MOZAC. Dapat tawaran ke sana. Syukur alhamdulillah, tak sangka secepat ini. Khabarnya, lagi dua orang kawan saya, iaitu Athirah dan Mardhiah turut dapat ke MOZAC. Fuh! Lega .. tak keseorangan nnti bila sesi interview... cik Liah Fiqah ni bukannya mesra alam sangat!

Okey, sampai disini sahaja. Wassalaam

3 comments: