Monday, 19 November 2012

Flour Party Mayhem!!


Assalamualaikum semua!!
Maaf lama tak posting .... modem aku buat hal ...apa pun hari ni nak share cerita ni first.

Haaa .. nampak tak photos ni semua? Kenapa aku kata flour party mayhem .. well, nilah dia!! Memang mayhem pun ... Well, tak dapat dinafikan flour party ni agak femes dan fun .. tapi .... to us on that day ... a mayhem, a disaster!! Macam taufan Sandy serang negara2 AS

9 November, Hari Jumaat. Mencatakan tarikh peristiwa mayhem ini. Mencatatkan kenangan yang tidak indah pada last day sekolah yang sepatutnya dihiasi dan diisi kenangan yang paling manis dan terindah yang boleh dikenang.

Semuanya bermula pada Hari Khamis, 8 November. Hannah, one of my classmates dan seorang yang sangat kepoh (mamarazzi lah kiranya) inform that suruh bawak tepung ngan telur untuk buat kek. Tetiba ada yang spread rumors mengatakan sebenarnya ada flour party. Aku bingung, jadi aku follow lah rumor tu.

And as expected, rumor tu betul. Well, half.

Sedang aku ngan classmates 6 Abu Bakar sibuk ngan tugas masing2, tiba2 ada serangan telur kat tingkap followed by serangan tepung. Sekali tu ada bebudak kelas bimbos (I mean, 6 Omar and 6 Osman. Sorry guna bahasa kasar) hentam pintu dan serang kitorang. Kelam kabut kitorang masa tu. Nak elak tepung lagi, nak halau bebudak tu lagi. Dah halau diorang, cepat2 tahan pintu ramai2. Semuanya berhenti bila ustad Hadi naik atas dengan rotan. Bila aku and my classmates keluar ..... what a mess! Tepung bersepah-sepah!! Ada yang dah jadi 'hantu tepung' .. tepung penuh satu badan!

Ustad Hadi suruh kitorang clean up the mess. Kesian Ustad Hadi, time ni ada yang tuduh ustad yang bagi kebenaran. Padahal, ustad tak bagi kebenaran pun for us untuk buat party tepung. Geram betul, sapa lah yang fitnah ustad .. kesian ustad. Aku susupect mesti budak2 bimbos lah yang pandai2 mereka cerita. Dan yang paling buat aku sakit hati, budak2 6 Abu Bakar pun kene tempiasnya!!! Melampau!!!

Boy, clean up the mess is not that easy. Habis lantai koriodr dan tangga berlecak dengan air. And ada gak yang mengambil kesempatan balik awal!! Tu yang buatkan aku naik angin tahap 100 darjah Celcius!!! Kurang ajar!! Dahlah korang buat hal, kitorang kene tempias, macam ni caranya kau balas kat kitorang? Hak tui betul!

Then, dah habis kemas, kitorang pun siap2 nak balik. Sempat lagi bergambar coz ustad suruh murid2 6 Abu Bakar kemas kawasan kitorang je. Dah tu ramai2 turun bawah nak mintak maaf kat Ustazah Hamidah, our GB. Geramnya bila budak2 bimbos mula cari pasal. Ada yang naik angin sampai terjerit-jerit marah diorang. Kecoh kejap suasana luar pejabat. Ustazah Hafsah bagi kitorang balik. Katanya Ustazah Hamidah nakkan ketangan. Kesian aku tengok ustazah nangis teresak-esak. Masa tu, perasaan aku bercampur baur. Sedih ada, marah ada, sebal pun. Sebal sebab event ni berlaku masa last day sekolah. *sighs*

Pepatah mengatakan, terlajak perahu boleh, terlajak kata binasa jawabnya. Tapi kalau terlajak perbuatan? Menyesal seumur hidup .

Never thought this might happen. Mesti ramai ustazah and ustad kecewa ngan batch kitorang. Macam mana nak jadi role model kalau perangai macam ni? Malunya teramat

Well, this the end of the story. Nanti saya posts lagi cerita lain2 yang lepas2 yang tak sempat nak sharekan.
Sekian, wassalam

No comments:

Post a Comment