Assalamualaikum w.b.t.
Selamat Tahun Baru~! Azam tahun lepas agak-agak dah tunai ke belum ek? (jap,nak ingat.) Ha!! Alhamdulillah, tertunai dah :)
Dah sebut tahun baru, macam-macam reaction dapat. Ada yang nak baju baru, kasut baru, rumah baru dan macam-macam lagi yang baharu. Haaa ... ni nak nasihat sikit: Belanja biar berpada-pada, biar kene pada duit yang ada. Pandai-pandailah berjimat. Bak kata pepatah "ukur baju di badan sendiri" ^_^ lainlah kalau yang kaya-raya, memanglah borong je semua, tapi kalau barang tu boleh pakai, saya nasihatkan supaya berjimat-cermat ... membazir kan amalan syaitan, betul tak? *betul-betul-betul!*
Kalau para pelajar biasanya, mestilah nak ada azam baru, kan? Bab-bab baju baru, beg baru and etc biar tolak ke tepi dahulu. So apa azam korang untuk tahun baru ni?
Azam saya untuk tahun ni pulak ....
~ Saya nak jadi seorang muslimah yang sejati dan terbaik dari yang terbaik
~Saya nak jadi top student, kalau boleh yang dapat markah tertinggi dari seluruh Form 1
~Saya nak banggakan mama dengan pelbagai pencapaian
Hahaha, agak-agak boleh tercapai tak? Insya-Allah ^_^
7 Januari ini akan menjadi saksi ikrar setia aku ni. Ganbatte kudasai, Liah-chan~!
Hmm, sampai di sini sahaja. Wassalam :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


insyallah tercapai. Sama-sama kita doakan!
ReplyDelete