Bismillahirrahmanirrahim ...
Assalamualaikum ya sohabah~!!
Aku tak faham kenapa dalam aktiviti2 tahun 6, bendalah ni tak terlepas. Cikgu!! Cikgu kene faham. Most of the girls were virgins, kami dah akil baligh. Kami perlu menjaga aurat kami sebagai seorang Muslim yang patuh kepada ajaran kami, ajaran Islam. Well, kalau aku cakap macam ni, confirm orang kata aku ni pengecut tak mahu nyanyi di hadapan pentas. NO. It's not that. Aku BUKAN pengecut. Aku boleh je datang ke atas pentas tu dan menyanyi. Melalak sampai tangah malam pun aku boleh. But this is hukum Allah. Tak boleh dibuat main. Dah termaktub dalam Al-Quran.
Baginda Rasulullah SAW sendiri ada khabar berita sedih untuk disampaikan kepada para wanita. Iaitu khabar yang meniupkan bahawa ramai penghuni neraka terdiri daripada kaum wanita. Sedihnya ... begitu senang golongan Hawa untuk masuk ke neraka. Bagaimana Allah memberi kemudahan kepada kami, begitu juga mudahnya untuk kami untuk masuk neraka.
Aku menyesal kerana aku pernah tunjukkan bakat aku kat Cikgu Hanafiah. Kalau tidak, mesti kumpulan aku tak pilih aku untuk menyanyi. Haih. Apalah nasib badan. Ya Allah, ampunkanlah hambamu yang lemah ini .....
Auratku hanya untuk bakal suamiku yang sah. Bukan murah untuk dipertontonkan.
Aku bukan nak hipokrit. Tapi aku takut. Aku tahu aku ni lemah iman kerana para Hawa adalah buruan syaitan. Well, we all know that. Dato' Siti Nurhaliza ... the famous and top singer. Yeah, she can sing, she can make new albums, sang with other singers and stuffs. But I would like to ask her. Could she stands the unbearable heat of Jahannam? Siksaan Allah yang tak berbelah bahagi? Masha-Allah. Tentunya tidak.
Amaran Allah
Allah SWT yang menciptakan manusia sememangnya telah memberi peringatan akan
hal ini apabila menyebut :-
Maka janganlah kamu wahai wanita, merendahkan (melembutkan) suaramu maka
dibimbangi orang yang berpenyakit di hatinya beringinan jahat kepadamu, maka
bercakaplah hanya dengan kata-kata yang baik (kandungan dan tatacaranya)"
(Al-Ahzab : 32)
Para ulama tafsir menyebut, suara wanita yang dilagukan adalah termasuk dari
kecantikan-kecantikan (yang tidak harus dipertonton dan dipeerdengarkan kepada
lelaki bukan mahram) tiada khilaf dalam hal ini ( Adwa al-Bayan, 5/10 :
At-Tashil Li Ulum At-Tanzil, 3/137 ; ) Imam As-Suddi berkata : larangan ini
bermaksud kaum wanita menipiskan suaranya (lembut, lunak dan manja) apabila
bercakap di hadapan khalayak lelaki.
Imam Qurtubi pula mengatakan, kerana suara yang sebegini akan menjadikan
orang-orang lelaki munafiq dan ahli maksiat berfikir jahat (Tafsir Ibn Kathir,
3/483 ; Al-Jami' Li Ahkam Al-Quran, 14/177)
Berdasarkan dalil ayat ini, apa yang boleh saya fahami adalah nyanyian wanita
juga tergolong dalam bab yang diharamkan oleh Islam apabila ia diperdengarkan
kepada lelaki yang bukan mahram. Adapun jika ia dinyanyikan oleh kanak-kanak
wanita yang belum baligh atau ia dinyanyikan khas untuk para wanita. Ia adalah
dibenarkan.
Yang dilembutkan dengan sengaja, dimanjakan dan dimerdukan. Ianya adalah
diharamkan untuk diperdengarkan kepada khalayak lelaki secara Ijma'
selama-lamanya. ( An-Nihayah, Ibn Athir, 42/2 ; Lisan al-Arab, Ibn Manzur ,
73/8 ; Tafsir At-Tabari ; 3/22 ; Hasiyah At-Tohawi ; 1/161)
Maka kumpulan penyanyi wanita hari ini termasuk di dalam kumpulan yang yang
diharamkan Allah. Malah bukan sekadar ‘illah suara sahaja yang boleh menjadikan
mereka tercebur dalam perkara haram, malah pakaian dan pergerakkan mereka di
khalayak awam juga.
Kebiasaannya apabila persembahan di buat, mereka kerap bersolek-solekan dengan
pakaian yang canggih manggih.
Di samping itu, duduk pula di atas pentas menjadi tontotan lelaki, jika para
ulama semasa menghukumkan haramnya bersanding pengantin di atas pentas dalam
keadaan senyap tanpa berkata.
Apatah lagi kumpulan penyanyi wanita yang bersolek adakala seperti pengantin
ini dan melentuk-lentuk tubuh dan suaranya di hadapan lelaki bukan mahram,
sudah tentu haramnya lebih besar. Dengan pakaian yang menjolok mata ditambah
ketat, perkara ini menjadi suatu fitnah kepada umat Islam.
Selain itu juga, hukum memberi sokongan dan menaja penyanyi wanita adalah haram
malah dilaknat Allah dan Rasulullah saw. Ini berdasarkan kepada sabda nabi saw
yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi: “Laknatlah penyanyi perempuan dan kepada
siapa mereka perdengarkan nyanyian (pendengar)”
Rasulullah juga menyatakan bahawa petanda kepada kiamat adalah berleluasanya
penyanyi dan penari wanita yang tidak mempunyai perasan malu dan aib kepada
lelaki.
Perkara haram adalah haram dan yang halal tetap halal. Kesimpulannya adalah
wanita yang menyanyikan lagu adalah suatu perkara haram mutlak selama-lamanya.
Manakala, pihak yang terlibat juga mendapat saham dosa selama mana dia tidak
bertaubat kepada Allah Taala
Renung-renungkan dan selamat beramal ^_^
*Ana, aku copypaste sikit kau punya. Jangan marah!*
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

JGN RISAU!! aku takkan marah punya. Share benda baik kan? ^^
ReplyDelete