Friday, 7 June 2013

Pesona Syurga

Assalamualaikum w.b.t.

Ini saya saja-saja nak share tatapan bersama. Juga dipetik dari Majalah Solusi isu 55.

~SYURGA SEDANG MENANTI

"Apabila seseorang mati, akan diperlihatkan tempatnya pada setiap pagi dan petang. Sekiranya dia daripada kalangan ahli syurga, maka syurga akan diperlihatkan kepadanya. Sekiranya dia daripada kalangan ahli neraka, maka neraka akan diperlihatkan kepadanya.

   Diberitahu kepadanya:'Inilah tempatmu sehingga kamu dibangkitkan oleh Allah pada hari Kiamat." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

~ MASUK SYURGA BERKUMPULAN

"Dan orang yang bertakwa kepada Allah dibawa ke dalam syurga secara berkumpulan. Apabila mereka sampai di syurga yang telah terbuka pintunya, para penjaganya mengalu-alukan:'Kesejahteraan (dilimpahkan) kepadamu. Berbahagialah kamu. Maka masuklah ke syurga ini, dan kamu kekal di dalamnya." (Surah Al-Zumar 39:73)

~ LAPAN PINTU GERBANG SYURGA

"Terdapat lapan pintu syurga, dan salah satunya ialah al-Rayyan, yang tidak akan dimasuki kecuali orang yang berpuasa." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
   "Jika dia daripada golongan yang suka menunaikan solat, dia akan dipanggil dari pintu solat. Golongan yang berjihad akan dipanggil dari pintu jihad. Manakala golongan yang suka bersedekah akan dipanggil dari pintu sedekah.Golongan yang berpuasa pula dipanggil dari pintu al-Rayyan." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

~ KUNCI SYURGA 

"Kunci syurga ialah kesaksian 'tiada Tuhan selain Allah' " (Riwayat Ahmad)
  Wahab bin Munabbih, seorang ulama tabiin pernah ditanya: "Bukankah kunci syurga itu lailahaillallah?
  Lalu beliau menjawab: "Benar, tetapi bukankah setiap kunci itu ada gigi-giginya. Maka jika kau bawakan kunci yang ada gigi-giginya, maka akan dibuka (syurga) untuk kamu. Jika tidak, tidak akan terbuka."

~ PELUANG DISAMBUT DARI SEMUA PINTU SYURGA

"Tiada seorang pun Muslim yang kematian tiga orang anak yang belum baligh melainkan dia akan disambut dari kelapan-lapan pintu syurga. Dia boleh masuk melalui mana-mana (pintu) yang dikehendakinya." (Riwayat Ibn Majah)

~ CARA MEMBELI SYURGA

"Sesungguhnya Allah membeli jiwa dan harta benda daripada orang beriman dengan tawaran syurga untuk mereka. Mereka berjuang pada jalan Allah maka ada yang membunuh dan terbunuh. Itulah janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah dalam Taurat, Injil dan al-Quran.
   'Siapakah yang lebih mengotakan janjinya berbanding Allah? Maka bergembiralah dengan jualan yang kamu perdagangkan itu. Itulah kemenangan yang agung." (Surah al-Tawbah 9:11)

Saya akui, saya bukanlah hamba-Nya yang terbaik, saya hanya mamou berusaha menjadi yang terbaik :) Semoga entry ini mampu memberi manfaat kita bersama ^_^

Sekian, wassalam. Sayounara~     
 
 
 






Thursday, 6 June 2013

Budaya Islam Amalan Jepun

Assalamualaikum w.b.t.

Konnichiwa~! ^_^  entry kali ni bukan bermaksud nak offense, so sebelum tu, saya nak minta maaf kalau ada yang terasa... sumpah ia takde apa-apa kaitan pun! So yang K-poppers and others, harap maklum ya! :)

Budaya Islam Amalan Jepun? How is that possible? Let's view it out ---->

Dipetik dari Majalah Solusi isu ke-55, dikatakan bahawa masyarakat Jepun mengamalkan amalan ini yang merujuk kepada tajuk entry ini .....

1) Budaya Berjalan Kaki

Budaya berjalan kaki dalam kalangan rakyat Jepun disemai sejak tadika. Selepas tamat sesi persekolahan, mereka pulang sendiri tanpa bantuan keluarga. Tiada penculik, peragut atau pencuri.
  Dikatakan bahawa pelajar-pelajar Malaysia di sana boleh meninggalkan rumah tanpa berkunci unuk pergi ke tempat kuliah. Tiada jenayah. But beware! Note kepada yang memasang angan-angan nak pergi ke sana one day (macam saya jugak :3) seelok-eloknya kita kuncilah rumah. Takut nanti kita terbawa-bawa sampai balik Malaysia and one more thing, MALANG TAK BERBAU :)
   Walaupun berjalan dalam kelompok yang ramai, mereka tetap senyap. Berlari-lari anak kerana mengejar mengejar jadual kereta api atau bas yang begitu menepati masa. Terlewat seminit akan terlepas. This shows that they valued their time. Bukankah masa itu emas. Malah dah termaktub pun dalam Surah Al-Asr
 [1] Demi Masa!

[2] Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -


[3] Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.


   Majoriti penduduk menggunakan pengangkutan awam. Oleh sebab itu, jalan raya kurang sesak. Jika sesak pada sebelah petang (balik kerja) sekalipun, trafik tetap berjalan lancar.
 
2) Umat Pembersih

Kebersihan di Jepun amat menakjubkan. (Harap maaf, ini fakta, bukan nak melebihkan negara orang) Stiap rakyat seolah-olah mengambil tanggungjawab menjaga kebersihan kawasan masing-masing. Sama ada di dalam atau luar rumah, mereka megutip sampah dan mengasingkan isinya; plastik, botol minuman dan lebihan makanan dalam plastik sampah berlainan.
   Contohnya, seorang lelaki tua mengutip plastik-plastik sampah yang terikat kemas dari setiap tong di hadapan lif. Usianya sekitar 60 tahun. Namun kelihatan sihat dan begitu bertenaga menguruskan sampah di bangunan tingkat 9 itu dengan bersungguh-sungguh sekali.
    Contoh lain, seekor anjing membuang najis di bawah pokok. Lalu, tuannya mengeluarkan tisu dan mengutip najis itu, membungkuskannya dalam plastik dan dibuang dalam tong sampah. Subhanallah! Sanggup ke kita nak buat sebegitu jika melihat najis kucing di jalan atau di depan rumah kita?
    Kebersihan turut terlihat juga pada kenderaan yang bertali arus di jalan raya. Sama ada lori, bas atau kereta, sukar untuk melihat kenderaan itu kotor atau berhabuk.


                                                 Salah sebuah bandar di Jepun versi anime :3

Jepun dilaporkan antara negara yang mempunyai rakyatnya berumur panjang. Rakyat Jepun begitu menjaga diet dalam pemakanan mereka. Berbeza dengan kebanyakan rakyat di negara kita, pengambilan makana ti dak diambil berat dan kurang beriadah (harap maaf sekali lagi, tapi ia benar)
  Begitulah, seolah-olahnya mereka mencontohi sunnah Rasulullah S.A.W dan sikap pembersih yang disarankan oleh syariat Islam, lebih daripada kita. Ironisnya, mereka bukannya umat Islam.
  Tidak salah meniru budaya mereka jika tidak bersalahan syariat. Budaya seperti menjaga kebersihan, kesihatan dan bersikap tidak menyusahkan orang lain, sebenarnya itulah syariat Islam. Oleh itu, jom kita amalkan ia semoga Islam dipandang indah.

~~Sekiranya ada tersinggung hati atau terkasar bahasa, saya mohon maaf. Semoga entry ini member manfaat untuk kita bersama.Yang baik, datang dari Allah, kalau ada yang tersilap itu datangnya dari saya :) ~~

Klau ada yang pelik kenapa hari ni saya sungguh berbudi bahasa sangat, sebenarnya ini semua saya taip langsung dari buku. Cuma ada adjustment dan kata-kata dari saya sendiri. Hehehe~

Sekian, wassalam. Ja matta na~ :3



I'm back~! Hi minna~!

Assalamualaikum w.b.t.

Ohaiyou gozaimasu~! Dah lama rasanya tak ber-blogging ye? Hehe, the summer break is almost over T_T well at least we have the time for ourselves right?

Cuti ni banyak jugak larr anime yang telah ditonton. Last watched anime is Mirai Nikki, 2-3 days ago. 

Well, that's it for now. I think
Sekian, wassalam


Antara anime yang berjaya ditonton- Angel Beats!





Ini dia anime Mirai Nikki. Mirai Nikki bermaksud "The Future Diary" dalam bahasa Jepun. Kalau ada yang berminat, bolehlah tengok anime ni di lovemyanime.net atau di animefreak.tv
    ~~Warning! Anime ni ada unsur ganas sikit. Kalau yakin tak boleh jangan ikut perangai aku ni. Perangai    budak nakal :3 ~~

Sekian, wassalam :)