Tuesday, 1 January 2013

Nooooooooooo!!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum w.b.t.

Sayonara, my beloved Red King, Suoh Mikoto. Dalam episod 13 (yang terakhir) K-Project, atau lebih dikenali sebagai K, dia MATI!! Waaa! Meraung melalak aku time tu. Sampai shock aku punya twin and adik tengok diorang punya sis mata merah melalak.

Hahahaha, terserah korang nak kata aku gila ke apa. Terserah. Yang penting, aku jujur ngan diri aku. Just being yourself, why must follow others? We're the ones who could understand ourselves :) - Liah Asya Fiqah

Dia adalah karekter anime yang kedua yang aku tangisi. Nak tahu sape yang pertama? Jeng-jeng-jeng~!

Inilah dia orangnya. Namanya Andropov dari anime Blue Dragon. Aku menangis pasal dia time aku umur ... dalam Darjah 3/4 kot. Hehehe.

Hahaha, sekian, itu sahaja. Wassalam :)

Good bye, my twin :'(

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ini mencatatkan pemergian my beloved twin, Irah. Waaa! Sedihnya!! Alamatnya, kesunyianlah aku.

I may had kids at my home, but the atmosphere won't be the same without my twin. Why? Because dia sorang je yang paham aku ni (almaklumlah twins ^_^). Yang budak-budak tu tahu tukarkan aku jadi the Hulk je -.-

Hari ni aku ikut dia pegi pendaftaran + masuk asrama. Lepas pendaftaran balik jap, siap-siapkan barang yang tertinggal. Then, datang balik petang tadi, uruskan barang-barang dia. Guess what? Locker adik aku tu ceria! Siap balut lagi bahagian dalam locker dia tu. Tapi satu je tak best. ADA LIPAS!! Freak out aku mase tu. Mama yang jadi tukang halau lipas pun terkejut. Alhamdulillah, lipas dah kene bye-bye, R.I.P.

Ada lagi kejutan! Memandangkan katil asrama sume double decker, adik aku sekatil ngan Hamaaadah. Tak sangka betul! Dahlah terserempak masa pendaftaran, alih-alih satu dorm. Soooo lucky! T_T Plus, katil mereka sebelah ngan Farhana, mak aiihh, ramai geng. Jealous aku. >.<

Then, lepas tolong dia dengan dia punya things, apa lagi? Time to say goodbye. Waaaa! Sedihnya! Masa tu, ada rasa air mata nak jatuh, tahan je lah. Dah takdir, nak kata apa lagi, ya tak?

Dia balik Jumaat ni, yeaaaay~!

Hmm, sekian. Wassalam :)

Happy New Year~!

Assalamualaikum w.b.t.

Selamat Tahun Baru~! Azam tahun lepas agak-agak dah tunai ke belum ek? (jap,nak ingat.) Ha!! Alhamdulillah, tertunai dah :)

Dah sebut tahun baru, macam-macam reaction dapat. Ada yang nak baju baru, kasut baru, rumah baru dan macam-macam lagi yang baharu. Haaa ... ni nak nasihat sikit: Belanja biar berpada-pada, biar kene pada duit yang ada. Pandai-pandailah berjimat. Bak kata pepatah "ukur baju di badan sendiri" ^_^ lainlah kalau yang kaya-raya, memanglah borong je semua, tapi kalau barang tu boleh pakai, saya nasihatkan supaya berjimat-cermat ... membazir kan amalan syaitan, betul tak? *betul-betul-betul!*

Kalau para pelajar biasanya, mestilah nak ada azam baru, kan? Bab-bab baju baru, beg baru and etc biar tolak ke tepi dahulu. So apa azam korang untuk tahun baru ni?

Azam saya untuk tahun ni pulak ....
~ Saya nak jadi seorang muslimah yang sejati dan terbaik dari yang terbaik
~Saya nak jadi top student, kalau boleh yang dapat markah tertinggi dari seluruh Form 1
~Saya nak banggakan mama dengan pelbagai pencapaian

Hahaha, agak-agak boleh tercapai tak? Insya-Allah ^_^

7 Januari ini akan menjadi saksi ikrar setia aku ni. Ganbatte kudasai, Liah-chan~!

Hmm, sampai di sini sahaja. Wassalam :)