Thursday, 3 October 2013

ANOTHER CAMPING~! WAHOO~~


Assalamualaikum w.b.t.....
Ohayou gozaimasu~! Dah berbulan lamanya aku tak mengup-to-datekan blog aku ni ye ... dah teruk berhabuk...nak wat camner ... hidup SBP,mcm ni lh jadinya. Padan muka kau.

O-kay, kita tutup part tu. Now nak ceritakan kenangan manis camping kali ni...haaa~kalau nak tahu, kawe ni baru balik dai Terengganu nun~ *eisy, tak sabar nak bagitau Mawaddah!* duduk kat PKK Terengganu, Kampung Baru, Pulau redang. Ada jugak aarr jumpa member Pulau Payar haritu. Tapi x ramai budak MOZAC pegi, cuma saya ngan Kak Baby jer.

Apa yang best? Hmmm .... kat sini senang nak jumpa ..... NEMO! Nemo besar ada, kecil ada .... yang betul2 macam dalam movie Finding Nemo pun ada! Tapi saya pergi kat tempat lain laa, masih dlm kawasan Redang, cuma kena pergi kart satu pulau ni namanya Pulau Ekor Tebu. Tang mana dapat kawe tak tau la.
Selain Nemo,dapat pegang anak penyu yang baru lahir semalaman ngan yg berusia 2 tahun. Best! Yg baru lahir tu comel sgt! Boleh rasa dia punya kuku. Nasib baik tak dipicit2 anak penyu tu. Mau kena saman nanti. Yg bestnya, mama ada tarik pergi slaah satu tarikan kat sana, Prawn Spa namanya. Nak pergi sana kena masuk hutan sket. Dah tu jalannya ... MashaAllah! Berbatu-batu! Hampir tergelincir menyembah batu =.= tapi bila dah sampai sana .. best! x mcm spa yg len, ni mcm ada air mata air yg lalu pastu nnti ada udang yg kcil comel2 dtg. Geli sesangat!

Paling best, I'm the luckiest contestants to see baby sharks! XD Tapi tak dpt peluang nak scuba diving 4 de 2nd time -.-

jaaa, sayonara

Friday, 7 June 2013

Pesona Syurga

Assalamualaikum w.b.t.

Ini saya saja-saja nak share tatapan bersama. Juga dipetik dari Majalah Solusi isu 55.

~SYURGA SEDANG MENANTI

"Apabila seseorang mati, akan diperlihatkan tempatnya pada setiap pagi dan petang. Sekiranya dia daripada kalangan ahli syurga, maka syurga akan diperlihatkan kepadanya. Sekiranya dia daripada kalangan ahli neraka, maka neraka akan diperlihatkan kepadanya.

   Diberitahu kepadanya:'Inilah tempatmu sehingga kamu dibangkitkan oleh Allah pada hari Kiamat." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

~ MASUK SYURGA BERKUMPULAN

"Dan orang yang bertakwa kepada Allah dibawa ke dalam syurga secara berkumpulan. Apabila mereka sampai di syurga yang telah terbuka pintunya, para penjaganya mengalu-alukan:'Kesejahteraan (dilimpahkan) kepadamu. Berbahagialah kamu. Maka masuklah ke syurga ini, dan kamu kekal di dalamnya." (Surah Al-Zumar 39:73)

~ LAPAN PINTU GERBANG SYURGA

"Terdapat lapan pintu syurga, dan salah satunya ialah al-Rayyan, yang tidak akan dimasuki kecuali orang yang berpuasa." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
   "Jika dia daripada golongan yang suka menunaikan solat, dia akan dipanggil dari pintu solat. Golongan yang berjihad akan dipanggil dari pintu jihad. Manakala golongan yang suka bersedekah akan dipanggil dari pintu sedekah.Golongan yang berpuasa pula dipanggil dari pintu al-Rayyan." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

~ KUNCI SYURGA 

"Kunci syurga ialah kesaksian 'tiada Tuhan selain Allah' " (Riwayat Ahmad)
  Wahab bin Munabbih, seorang ulama tabiin pernah ditanya: "Bukankah kunci syurga itu lailahaillallah?
  Lalu beliau menjawab: "Benar, tetapi bukankah setiap kunci itu ada gigi-giginya. Maka jika kau bawakan kunci yang ada gigi-giginya, maka akan dibuka (syurga) untuk kamu. Jika tidak, tidak akan terbuka."

~ PELUANG DISAMBUT DARI SEMUA PINTU SYURGA

"Tiada seorang pun Muslim yang kematian tiga orang anak yang belum baligh melainkan dia akan disambut dari kelapan-lapan pintu syurga. Dia boleh masuk melalui mana-mana (pintu) yang dikehendakinya." (Riwayat Ibn Majah)

~ CARA MEMBELI SYURGA

"Sesungguhnya Allah membeli jiwa dan harta benda daripada orang beriman dengan tawaran syurga untuk mereka. Mereka berjuang pada jalan Allah maka ada yang membunuh dan terbunuh. Itulah janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah dalam Taurat, Injil dan al-Quran.
   'Siapakah yang lebih mengotakan janjinya berbanding Allah? Maka bergembiralah dengan jualan yang kamu perdagangkan itu. Itulah kemenangan yang agung." (Surah al-Tawbah 9:11)

Saya akui, saya bukanlah hamba-Nya yang terbaik, saya hanya mamou berusaha menjadi yang terbaik :) Semoga entry ini mampu memberi manfaat kita bersama ^_^

Sekian, wassalam. Sayounara~     
 
 
 






Thursday, 6 June 2013

Budaya Islam Amalan Jepun

Assalamualaikum w.b.t.

Konnichiwa~! ^_^  entry kali ni bukan bermaksud nak offense, so sebelum tu, saya nak minta maaf kalau ada yang terasa... sumpah ia takde apa-apa kaitan pun! So yang K-poppers and others, harap maklum ya! :)

Budaya Islam Amalan Jepun? How is that possible? Let's view it out ---->

Dipetik dari Majalah Solusi isu ke-55, dikatakan bahawa masyarakat Jepun mengamalkan amalan ini yang merujuk kepada tajuk entry ini .....

1) Budaya Berjalan Kaki

Budaya berjalan kaki dalam kalangan rakyat Jepun disemai sejak tadika. Selepas tamat sesi persekolahan, mereka pulang sendiri tanpa bantuan keluarga. Tiada penculik, peragut atau pencuri.
  Dikatakan bahawa pelajar-pelajar Malaysia di sana boleh meninggalkan rumah tanpa berkunci unuk pergi ke tempat kuliah. Tiada jenayah. But beware! Note kepada yang memasang angan-angan nak pergi ke sana one day (macam saya jugak :3) seelok-eloknya kita kuncilah rumah. Takut nanti kita terbawa-bawa sampai balik Malaysia and one more thing, MALANG TAK BERBAU :)
   Walaupun berjalan dalam kelompok yang ramai, mereka tetap senyap. Berlari-lari anak kerana mengejar mengejar jadual kereta api atau bas yang begitu menepati masa. Terlewat seminit akan terlepas. This shows that they valued their time. Bukankah masa itu emas. Malah dah termaktub pun dalam Surah Al-Asr
 [1] Demi Masa!

[2] Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -


[3] Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.


   Majoriti penduduk menggunakan pengangkutan awam. Oleh sebab itu, jalan raya kurang sesak. Jika sesak pada sebelah petang (balik kerja) sekalipun, trafik tetap berjalan lancar.
 
2) Umat Pembersih

Kebersihan di Jepun amat menakjubkan. (Harap maaf, ini fakta, bukan nak melebihkan negara orang) Stiap rakyat seolah-olah mengambil tanggungjawab menjaga kebersihan kawasan masing-masing. Sama ada di dalam atau luar rumah, mereka megutip sampah dan mengasingkan isinya; plastik, botol minuman dan lebihan makanan dalam plastik sampah berlainan.
   Contohnya, seorang lelaki tua mengutip plastik-plastik sampah yang terikat kemas dari setiap tong di hadapan lif. Usianya sekitar 60 tahun. Namun kelihatan sihat dan begitu bertenaga menguruskan sampah di bangunan tingkat 9 itu dengan bersungguh-sungguh sekali.
    Contoh lain, seekor anjing membuang najis di bawah pokok. Lalu, tuannya mengeluarkan tisu dan mengutip najis itu, membungkuskannya dalam plastik dan dibuang dalam tong sampah. Subhanallah! Sanggup ke kita nak buat sebegitu jika melihat najis kucing di jalan atau di depan rumah kita?
    Kebersihan turut terlihat juga pada kenderaan yang bertali arus di jalan raya. Sama ada lori, bas atau kereta, sukar untuk melihat kenderaan itu kotor atau berhabuk.


                                                 Salah sebuah bandar di Jepun versi anime :3

Jepun dilaporkan antara negara yang mempunyai rakyatnya berumur panjang. Rakyat Jepun begitu menjaga diet dalam pemakanan mereka. Berbeza dengan kebanyakan rakyat di negara kita, pengambilan makana ti dak diambil berat dan kurang beriadah (harap maaf sekali lagi, tapi ia benar)
  Begitulah, seolah-olahnya mereka mencontohi sunnah Rasulullah S.A.W dan sikap pembersih yang disarankan oleh syariat Islam, lebih daripada kita. Ironisnya, mereka bukannya umat Islam.
  Tidak salah meniru budaya mereka jika tidak bersalahan syariat. Budaya seperti menjaga kebersihan, kesihatan dan bersikap tidak menyusahkan orang lain, sebenarnya itulah syariat Islam. Oleh itu, jom kita amalkan ia semoga Islam dipandang indah.

~~Sekiranya ada tersinggung hati atau terkasar bahasa, saya mohon maaf. Semoga entry ini member manfaat untuk kita bersama.Yang baik, datang dari Allah, kalau ada yang tersilap itu datangnya dari saya :) ~~

Klau ada yang pelik kenapa hari ni saya sungguh berbudi bahasa sangat, sebenarnya ini semua saya taip langsung dari buku. Cuma ada adjustment dan kata-kata dari saya sendiri. Hehehe~

Sekian, wassalam. Ja matta na~ :3



I'm back~! Hi minna~!

Assalamualaikum w.b.t.

Ohaiyou gozaimasu~! Dah lama rasanya tak ber-blogging ye? Hehe, the summer break is almost over T_T well at least we have the time for ourselves right?

Cuti ni banyak jugak larr anime yang telah ditonton. Last watched anime is Mirai Nikki, 2-3 days ago. 

Well, that's it for now. I think
Sekian, wassalam


Antara anime yang berjaya ditonton- Angel Beats!





Ini dia anime Mirai Nikki. Mirai Nikki bermaksud "The Future Diary" dalam bahasa Jepun. Kalau ada yang berminat, bolehlah tengok anime ni di lovemyanime.net atau di animefreak.tv
    ~~Warning! Anime ni ada unsur ganas sikit. Kalau yakin tak boleh jangan ikut perangai aku ni. Perangai    budak nakal :3 ~~

Sekian, wassalam :)


Sunday, 24 March 2013

SCHOOL'S OUT! LET'S SHOUT!!!

                                                                                              Assalamualaikum w.b.t. ...

Yeah!! Dah cuti!!! Free from that school! Woo-hooo! :DD

Walau bagaimanapun, dukacitanya saya beritahu bahawa mungkin ni last post for this month coz lappy baru je rosak. Sorry guys ::<

Well, HW's dah settle. Mostly. Adalah dalam 85%, I think. But NVM, I'll try to settle yang lain. Lantaklah bebudak lain nak kata apa. Mulut orang memang macam tu, ya tak? Sabar je lah ..

So far, bestie aku dari rumah sukan yang lain. Namanya Kiran. Nama real? Harap maaf, terpaksa dirahsiakan ya! Dia bangsa Bidayuh, tinggal di Sarawak. Super duper nice ngan aku since orientation weeks lagi. Terharu!

***gambar dia atas memang tak related pun. Saje je letak. Dah lawa :P***

Sekarang saya batuk teruk! >:( Wish me speedy recovery guys!

Tak de planning apa-apa for this holiday ... mencangak je lerr kat umah without laptop. Ughhh ... ~_~

Sekian, wassalam. Tata (^_^)/

Thursday, 21 March 2013

LIFE IN MOZAC-TORNADO AND RAINBOW

Assalamualaikum w.b.t. .....

I'm back. guys~! Just now I'm having my lunch and got drifted in Facebook :3 well back to the tittle .....

Life in MOZAC- Tornado and Rainbow : Why would I say that? You guys must have said ....
"She's being ridiculous ..... MOZAC is a best school"
"What could hurts the most there?"

You wanna know why did I say that MOZAC is both tornado and rainbow? Here's what :-

TORNADO
~ Some of my batch friends hates me ... they've been telling on me in my back
~ They sabotage me!!
~ They tricked me!!!
~They playing on me!!!!
~My best friend left me for another school Q~Q

RAINBOW
~Some of them are sooo nice .... for example my bestie ... (sob,sob!)
~Teachers are so great and kind! Especially Mdm. Hailah (English teacher)


Well, what could I say? There's been people around who are waiting for my downfall. Like hell I would let them do that. Just watch! I'll never lose!

GTG. Tata.

TAMAN LAUT~!

Assalamualaikum w.b.t. ....


Yo guys! Lama gila-gila aku tak update kan? Harapnya korang tak marah ... especially cik Hasanah saya yang angguun manis menawan gitu ...(cewah! Ana, jangan kembang Ana! :P)

Baru balik dari camping. The first one for this year. First time camping tman laut. Alhamdulillah cause I had experienced this kind of camping. It's really fun and I really enjoyed myself! FYI, the youngest participants (including my twin) for kontijen Melaka :3 Caya tak? Huhuhuh~

Okay, cut that. Camping kali ni pergi PKK Kedah @ Kem Singkir and Pulau Payar. Masya-Allah, their corals are sooooo beautiful! Aku jumpa nemo, yu bodoh, dan lain2. Seniors yang terlibat semua sempoi-sempoi belaka! Kira dapat kamceng dengan diorang :)

Tapi ... (ya tuan-tuan & puan-puan-puan sekalian, ada tapi ya!) aku kene landak laut time snorkeling! Ntah bila aku kene pun aku tak tahu. Time aku naik shore baru aku perasan betis kanan aku ngilu semacam. Kebetulan, mama (hikhik, dapat camping ni pakai cabel, terpaksa ;) jangan marah!) jadi jurulatih bertugas, malam tu dia tanya, ada sesape punya kaki bengkak. Aku cakaplah aku yang kene. Sah! Bawak pergi jumpa ustad, memang aku kene landak laut. Hai ..... sabar jelah! Nak tahu camne diorang keluarkan bisa tu? Jeng, jeng, jeng .... ADALAH! Nak tahu pergi tanya uncle Google :3

Aku ada minat senior ni. Tapi syangnya, dia telah ditawan oleh peserta dari kontijen aku. Dia pun satu kontijen ngan aku gak. Satu sekolah lagi! Hmmm ...... seketika terasa berpijak di bumi yang nyata. I don't have to wait for other guy's love, I have only need to wait for my future husband's love. Ya Allah, kau tetapkanlah cinta di dalam hatiku ini hanya untuk-Mu dan pemilik tulang rusukku ini ....

Urghh .. jap lagi balik MOZAC. Malasnya!!!
Urhmm.. rasanya tak cerita lagi pasal sekolah tu kan? *drumroll please* akan dicoret pada entry akan datang.

Tata. Wasssalam

Tuesday, 1 January 2013

Nooooooooooo!!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum w.b.t.

Sayonara, my beloved Red King, Suoh Mikoto. Dalam episod 13 (yang terakhir) K-Project, atau lebih dikenali sebagai K, dia MATI!! Waaa! Meraung melalak aku time tu. Sampai shock aku punya twin and adik tengok diorang punya sis mata merah melalak.

Hahahaha, terserah korang nak kata aku gila ke apa. Terserah. Yang penting, aku jujur ngan diri aku. Just being yourself, why must follow others? We're the ones who could understand ourselves :) - Liah Asya Fiqah

Dia adalah karekter anime yang kedua yang aku tangisi. Nak tahu sape yang pertama? Jeng-jeng-jeng~!

Inilah dia orangnya. Namanya Andropov dari anime Blue Dragon. Aku menangis pasal dia time aku umur ... dalam Darjah 3/4 kot. Hehehe.

Hahaha, sekian, itu sahaja. Wassalam :)

Good bye, my twin :'(

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ini mencatatkan pemergian my beloved twin, Irah. Waaa! Sedihnya!! Alamatnya, kesunyianlah aku.

I may had kids at my home, but the atmosphere won't be the same without my twin. Why? Because dia sorang je yang paham aku ni (almaklumlah twins ^_^). Yang budak-budak tu tahu tukarkan aku jadi the Hulk je -.-

Hari ni aku ikut dia pegi pendaftaran + masuk asrama. Lepas pendaftaran balik jap, siap-siapkan barang yang tertinggal. Then, datang balik petang tadi, uruskan barang-barang dia. Guess what? Locker adik aku tu ceria! Siap balut lagi bahagian dalam locker dia tu. Tapi satu je tak best. ADA LIPAS!! Freak out aku mase tu. Mama yang jadi tukang halau lipas pun terkejut. Alhamdulillah, lipas dah kene bye-bye, R.I.P.

Ada lagi kejutan! Memandangkan katil asrama sume double decker, adik aku sekatil ngan Hamaaadah. Tak sangka betul! Dahlah terserempak masa pendaftaran, alih-alih satu dorm. Soooo lucky! T_T Plus, katil mereka sebelah ngan Farhana, mak aiihh, ramai geng. Jealous aku. >.<

Then, lepas tolong dia dengan dia punya things, apa lagi? Time to say goodbye. Waaaa! Sedihnya! Masa tu, ada rasa air mata nak jatuh, tahan je lah. Dah takdir, nak kata apa lagi, ya tak?

Dia balik Jumaat ni, yeaaaay~!

Hmm, sekian. Wassalam :)

Happy New Year~!

Assalamualaikum w.b.t.

Selamat Tahun Baru~! Azam tahun lepas agak-agak dah tunai ke belum ek? (jap,nak ingat.) Ha!! Alhamdulillah, tertunai dah :)

Dah sebut tahun baru, macam-macam reaction dapat. Ada yang nak baju baru, kasut baru, rumah baru dan macam-macam lagi yang baharu. Haaa ... ni nak nasihat sikit: Belanja biar berpada-pada, biar kene pada duit yang ada. Pandai-pandailah berjimat. Bak kata pepatah "ukur baju di badan sendiri" ^_^ lainlah kalau yang kaya-raya, memanglah borong je semua, tapi kalau barang tu boleh pakai, saya nasihatkan supaya berjimat-cermat ... membazir kan amalan syaitan, betul tak? *betul-betul-betul!*

Kalau para pelajar biasanya, mestilah nak ada azam baru, kan? Bab-bab baju baru, beg baru and etc biar tolak ke tepi dahulu. So apa azam korang untuk tahun baru ni?

Azam saya untuk tahun ni pulak ....
~ Saya nak jadi seorang muslimah yang sejati dan terbaik dari yang terbaik
~Saya nak jadi top student, kalau boleh yang dapat markah tertinggi dari seluruh Form 1
~Saya nak banggakan mama dengan pelbagai pencapaian

Hahaha, agak-agak boleh tercapai tak? Insya-Allah ^_^

7 Januari ini akan menjadi saksi ikrar setia aku ni. Ganbatte kudasai, Liah-chan~!

Hmm, sampai di sini sahaja. Wassalam :)