Assalamualaikum w.b.t
Tiba-tiba teringat salah satu usrah yg pernah disampaikan di asrama oleh salah seorang kakak naqibah dlm group.
Rasanya sume org dha sedia maklum dengan maksud surah Al-ASR ni, kan? But still sye saje2 je share ...
Fahaman seseorang mungkin berbeza darpada yang lain ....
Mungkin kita faham begini:
~Time is precious, so don't waste it.
~You waste time. you waste life
Dan sebagainya .....
Tapi, adakah kita betul2 memahami mesej yang cuba disampaikan dalam surah ini?
Tanpa kita sedar, kita banyak membazir masa sebenarnya, termasuk diri saya. Cuba kita refresh balik perjalanan hidup kita ....
~ Sebelum baligh, adakah kita betul2 jaga solat 5 waktu?
~ Dalam sehari, cukupkah zikir sebanyak 1000 kali mengikut zikir yang telah ditetapkan?
~ Berapa malamkah dalam setahun diisi dengan solat-solat malam?
Memang soalan common! Tapi cube tengok, adakah salah satu daripada soalan2 itu kita betul2 buat and menjadi amalan dalam kehidupan kita?
Kalau memang betul amalan kita, alhamdulillah! Tapi kalau bukan? Kalau pernah buat sekali-sekala je, macam mana? Tapuk dada tanya iman.
Dalam gegak gempita dengan kelekaaan kita terhadap zaman teknoogi yang semakin pesat membangun ini, dengan pertikaian zaman generasi mana kita berada, pernahkah kita tersedar yang maut semakin menghampiri? Pernahkah anda terfikir saat anda sedang sibuk 'fangirling', sibuk layan drama Indon atau Korea, gelak2 tengah Maharaja Lawak Mega dan sebagainya dan tiba-tiba kita semua berterbangan seperti kelekatu ......
Saya akui saya bukan maksum, kita semua tidak akan terlepas daripada membuat dosa. Saya cuma ingin menjalankan tugas saya sebagai khalifah di muka bumi ini. Bukankah kita sentiasa dituntut untuk saling berpesan-pesan dengan yang lain?
Di sini, saya juga ingin berkongsi tips yang saya peroleh dari usrah tersebut.
5 TIPS GENIUS URUS MASA
1. BANGUN PADA AWAL WAKTU
It's time to throw away that bad habit of waking up late in the morning! Senang je prinsip nak bangun awal = tidur awal, bangun pun awallah! Takpun, sebelum tidur baca doa tidur, baca Ayyatul Kursi (pendinding diri jangan lupa!) then berdoalah kepada Allah.
"Ya Allah, kau kejutkanlah aku pada awal pagi pada pukul ____ (nyatakan waktu)"
Inshaallah, kita akan bangun seperti waktu yang kita hendaki. Saya pun amalkan perkara ni di asrama :)
2. IKUT KESESUAIAN
Buat setakat yang termampu, you don't have to push yourself too much. Selagi kita terdaya, buatlah. One thing at at a time pun, takpe. Janji kita buat daripada dah buat2 bayak2, lepastu tinggalkan ataupun tak buat langsung! Tu lagi parah.
3. JANGAN BERTANGGUH
"Ala, kejap lagilah ... masa banyak lagi nie ..."
"Kejap, kejap! Tak sampai 5 minit pun bende nie.. kejap lagi eh?"
Ayat klise yang sering kita gunakan. Tanpa kita sedar, tangguh 5 minit, 5 minit kemudian .... boelh jadi satu jam! Lepas tu dari satu jam ... ke jam yang seterusnya .... lepas kita dah puas, mulalah melalak melolong, homework tak siaplah, assignment esok belum habis buatlah, folio esok tak print lagi tapi jarum jam dah menunjukkan hampir pukul 11. Mana nak cari kedai lagi nak print? Lainlah kalau ada printer. Kalau takde? Dah haru-biru jadinya ....
Bertangguh juga boleh disebabkan oleh satu benda yang sume orang sedia maklum---> MALAS! Syaitan suka orag yang malas2 ni ... so eloklah kita latih diri kita jangan malas2. Kikis sifat yang sudah sebati dalam diri kita tu. Kalau titik air boleh mengikis batu yang keras sedikit demi sedikit, perlahan-lahan, mengapa tidak kita?
4. FOKUS
Kadang2 kita susah nak fokus. Contoh senang, di dalam kelas, tengah try nak concentrate apa yang cikgu ajar kat depan, tetibe kawan bisik,
"Eh, kau tahu tak, Justin Bieber ade awek baru!"
Kita pun ....
"Eh, ye ke? Mana tahu ni? Lawa tak awek baru die tu?"
Dari situ bermulalah episod gosip2 di dalam kelas ... dah ketinggalan mulalah mengeluh.
"Alah, apesallah aku tak concentrate masa cikgu mengajar tadi ... kan dah tak faham!"
Klau anda berdua je dengan rakan anda takpe, boleh tanya classmates yang lain. Klau SEMUA? Fuh, havoc!
Membina fokus is as easy as you act as if nothing is happening around you. Tumpukan vision agar you can only your teacher and the whiteboard. You can enhance this method by copying what the teacher's teaching in front or apa yang cikgu cakap dalam satu buku nota khas. From there, faham pun dapat, info tambahan pun dapat. Kita kan memang suka benda yang 2-in-1 ni kan? Klau ada ikhtiar lebih, jadikanlah ia 3-in-1. Saya cuma beri garis panduan je ....
5. SOLAT PADA AWAL WAKTU
Sejurus
selepas mendengar waktu azan, cepat2 angkat air sembahyang. Tak payah
tunggu lama2. Ataupun dalam 5-10 minit standby dalam surau ataupun
masjid tunggu waktu azan, lepas azan dah boleh sembahyang. Tak payah
tangguh sembahyang sampai pukul 5, pukul 6! Dalam bertangguh-tangguh,
kadang2 boleh terlajak waktu! Itulah antara tipu daya syaitan, so be
careful!
Akhir kata, saya bukan maksum, saya pun ada flaws saya yang tersendiri. Tapi, tak salah untuk kita saling berpesan-pesan, right?
Sekian, arigatou, sayounara :)